November 2008, Majalah PC

Servis Scout
Where AM I

M3 Technologies Asia Berhad (M3Tech), pembina aplikasi dan kandungan mobil, melancarkan rangkaian servis berasaskan GPS di bawah jenama Scout.

Scout dihasilkan dengan kerjasama Garmin International, menawarkan kepada pengguna pelbagai rangkaian produk navigasi serta pengesan, di samping peta komprehensif sermua negara yang berada di bawah capaian servis M3Tech.

Antara servis Scout ialah Scout Where AM I (WAI) untuk mengetahui lokasi menerusi Web: Scout Point of Interest (POI) tanda sendiri tempat menarik pilihan dan berkongsi dengan pengguna lain; Scout Community yang membenarkan pengguna teg POI dengan foto atau ulasan peribadi serta Scout Enterprise yang ideal untuk syarikat berasaskan logistik mengesan pekerja luar pejabat atau kenderaan.

Aplikasi ini boleh dimuat-turun secara percuma daripada www.m3gps.com.


Perjanjian antara M3Tech dan Garmin International untuk lawar servis Scout kepada pengguna
GPS Mobil Malaysia